facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

'Semuanya bermula dari batuk-batuk yang berlarutan & demam tak kebah...'


Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. 

Semuanya bermula dari batuk, kemudian disusuli dengan demam yang tidak menentu. Apabila 
dibawa ke hospital, doktor memaklumkan keadaan adik Muhammad Hakim Danish bin Amir
Firdaus, semakin teruk. 

Arwah yang sebelum ini seorang yang periang dan sihat, kini telah pergi meninggalkan 
keluarganya. Takziah kepada keluarga arwah, semoga tabah menghadapi dugaan ini.
 Al-fatihah. 


Dari Nani Hass

Kisah arwah adik Muhammad Hakim Danish ini sebenarnya hanya bermula pada batuk-batuk yang 
agak lama dan diiringi demam yang sekejap baik, sekejap panas. Penyakit ini berlarutan hingga ke 
dua minggu terakhir. 

Semasa kami pergi ke Hospital Columbia Asia Setapak, niat kami hanya ingin membawa adiknya 
sahaja kerana keadaannya nampak lebih berbahaya daripada abangnya. Akan tetapi apabila di
 hospital,doktor yang merawat adik kepada hakim, iaitu Muhammad Hakim Danial mengatakan
 kepada kami bahawa keadaan arwah sangat teruk dan memintak ami bawa dia ke wad kecemasan. 

Dan dari situlah arwah mula bernafas menggunakan oksigen. Demam yang tak kebah, batuk 
semakin teruk. Imbasan x-ray arwah juga menunjukkan ada kuman di paru-paru, tetapi 
keadaannya masih stabil (sebenarnya keadaannya sudah teruk, tetapi biasalah hospital swasta). 


Hakim masih ditahan dan berlarutan sehingga seminggu. Keadaannya semakin teruk sehingga 
terpaksa ditukarkan ke wad ICU. Keadaannya juga tidak menunjukkan tanda-tanda positif,
 malah semakin teruk dan akhirnya ditukarkan ke PICU Institu Pediatrik Hospital Kuala Lumpur. 

Kuman pada paru-paru arwah semakin banyak dan didapati ada tiga virus positif. Semakin lama,
 arwah semakin tenat. Oksigen yang dipakai oleh arwah tidak lagi boleh diterima. Kuman juga
 telah merebak pada hati dan buah pinggang. 


Maaf semua, tak sanggup nak teruskan. Tiada kekuatan. 

Adiknya, Danial, telah discharge pada Rabu. Akan tetapi pada tiga hari lepas bersamaan hari 
Sabtu, 20 Mei 2017, adik bongsu arwah iaitu Puteri Iris Aleesya juga terpaksa ditahan di 
wad kecemasan kerana mengalami masalah pernafasan, batuk-batuk dan demam yang berbalik. 

Sehingga ke hari ini, adik Puteri masih berada di wad KK1 Institut Pediatrik bilik khas kerana
 dikhuatiri mengalami simptom yang sama seperti abang-abangnya. 

Doakan adik Puteri Iris Aleesya cepat sembuh seperti sediakala. Amin ya rabbal alamin. 

0 Response to "'Semuanya bermula dari batuk-batuk yang berlarutan & demam tak kebah...'"

Post a Comment