KEMAMAN, TERENGGANU - Susulan viral gambar perbualan Facebok seorang
pelanggan
dengan pemilik kedai yang tidak berpuas hati dengan harga hidangan yang dikenakan,
pemiliknya tampil memberi penjelasan.
Berkata kepada Harian Metro, Liza Musid, 25, pemilik Warung Aziz Satar di Kampung
Geliga Baru,kesal dan kecewa dengan tindakan pelangannya, Syed Ikram, yang
menyebarkan perkara itu di media sosial sehingga dia dikecam teruk oleh netizen.
Liza tidak menafikan harga sepingan nasi dan lauk diambil berharga RM32, namun
menganggap lelaki itu berniat jahat mahu menjatuhkan perniagaannya.
"Cuma apa yang saya kesal dan kecewa tindakannya itu kerana setiap menu makanan
dijual di kedai ini diletakkan tanda harga dengan cetakan huruf besar pada kain rentang
di atas tempat makanan.
"Pelanggan boleh memilih lauk pada harga yang disediakan itu kerana ada yang murah dan
ada mahal mengikut jenis makanan," katanya.
Menurut Liza, tidak semua makanan yang disediakan di warung itu mahal, tetapi dia
mengakui udang galah dan sotong memang harganya tinggi berdasarkan harga
mentahnya.
"Harga sekilo sotong di pasar ketika ini ialah RM27 yang hanya dapat tiga sotong
bersaiz besar, manakala udang galah pula RM65 sekilo untuk lapan ekor.
"Apabila dimasak, tentulah harganya mahal dan saya sudah letak tanda harganya
untuk rujukan pelanggan," katanya.
Jelas Liza, pelanggannya yang mendakwa harga mahal itu mengambil seekor udang galah
gred A dengan harga RM15 seekor, dua potong sotong dengan harga RM14, RM2
untuk nasi putih dan RM1 bagi sayur kangkung, menjadikan jumlah keseluruhannya RM32.
Pihaknya lebih kesal kerana pelanggan berkenaan mendakwa tidak perasan harga udang dan
sotong yang dipamerkan pada kain rentang itu.
"Selain itu, pelanggan terbabit seperti menyembunyikan sepotong lagi sotong dalam pinggan
nasi diambilnya dan saiz udang galah gred A kelihatan kecil berbanding saiz sebenar dalam
gambar yang disebarkan itu.
"Tidak semua harga makanan yang saya jual di kedai ini mahal. Harga nasi campur dengan
lauk sayur yang dimakan rakan dia hanya RM8 berbanding dengan dia sendiri," katanya.
Sementara itu, Syed Ikram pula berkata, harga yang tertulis di kain rentang tersebut adalah
harga untuk seekor, bukannya untuk seketul.
"Maaf ye, gambar harga di gerai itu sebenarnya memaparkan harga seekor sotong RM7,
bukannya seketul sotong RM7.
"Berniagalah dengan ikhlas, janganlah nak menegakkan benang yang basah," katanya.
0 Response to "Pemilik kedai kata harga sotong & udang galah sudah tertulis di kain rentang tetapi..."
Post a Comment