Mana lagi tumpahnya kasih sayang suami jika bukan ke isteri dan tidak mahu isterinya terus menjadi bahan kecaman di laman sosial, Nedim Nazri mempertahankan Nora Danish di atas dakwaan Fasha Sandha terhadap isterinya itu.
Dalam kenyataan yang dikongsikan di Instagram itu, Nedim menjelaskan dakwaan Fasha bahawa pelakon wanita berkenaan dihalau di atas arahan Nora Danish adalah tidak benar sama sekali. Nedim juga menyifatkan perkara itu sebagai fitnah.
Sementara itu, prihatin dengan kenyataan yang diluahkan oleh suaminya itu, Nora turut memuatnaik sekeping gambar dengan caption ringkas. Bahagian komen Instagram Nora Danish juga pastinya menjadi lubuk peminat berbalah menegakkan selebriti kesayangan masing masing.
Tidak tahu lagi bagaimana kesudahan pertelingkahan ini. Harapnya semua mampu berbaik semula atau sekurang-kurangnya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. (rtky/s)