sumber: http://www.koreaboo.com/
KECOH seketika apabila skirt pendek milik salah seorang anggota Red Velvet iaitu Irene terselak sewaktu menjayakan sebuah pertunjukan pentas bersempena Daegu Youth Culture & Arts Festival.
Persembahan yang berlangsung di pentas luar diakui terdedah dengan risiko tiupan angin kencang dan apabila melihat penampilan kumpulan wanita ini dengan skirt pendek material ringan, ramai penonton seakan-akan menjangkakan insiden ini bakal berlaku.
“Ketika itu mereka sedang membawa sebuah lagu terbaru berjudul Rookie dan tiba-tiba sahaja angin datang dengan agak kencang membuatkan skirt pendek Irene terselak,” kata salah seorang penonton yang menyaksikan persembahan itu.
Jelas kelihatan di pentas, penyanyi itu dari awal kurang selesa dengan kostum tersebut di mana beberapa kali Irene dilihat menarik-narik skirtnya itu setiap kali menari di pentas.
Aksi Irene yang cuba menarik skirt pendeknya dari terselak ditiup angin:
Masalah kostum sebegitu bukan pengalaman kali pertama dilalui Irene malah setiap kali perlu tampil dengan skirt pendek di pentas, pemilik nama asal Bae Joohyun ini menunjukkan reaksi tidak selesa.
Dia banyak kali di kesan memeriksa dan menyesuaikan pakaian beliau untuk mengelakkan kemalangan
PEMINAT nyata kecewa selepas melihat dia tidak begitu selesa dan meminta pereka fesyen beliau untuk memilih pakaian dengan lebih teliti
WALAUPUN APABILA DIA TIDAK MEMBUAT PERSEMBAHAN, 'SKIRT' IRENE DILIHAT TETAP MENJADI PERHATIAN RAMAI
DI SEBALIK KONTOVERSI SKIRT NYA ITU, IRENE TETAPI MENJADI SEORANG YANG PROFESSIONAL. DIA SENTIASA KOMITED MEMBERIKAN PERSEMBAHAN YANG MEMUKAU