facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

ISLAM MESRA AMALAN SEKS SEJENIS – ZURIANI KHALID

Putrajaya: Dalil-dalil dan tradisi agama Islam itu sendiri cukup mesra dengan perbuatan seks sumbang sejenis (homoseksual) dan ini telah pun diperakui oleh para alim ulama, dakwa Zuriani binti Tan Sri Abdul Khalid Awang Osman.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ani Zonneveld turut mendakwa bahawa negara-negara Islam pada zaman dahulu amat bertoleransi dengan amalan perbuatan seks sejenis sehingga memaksa negara-negara Eropah untuk datang menakluki negara-negara tersebut bagi ‘menyelamatkan’ kita daripada amalan tersebut.

Afiq M noor (baju biru) bersama Ani Zonneveld dan Rozana Isa (paling depan kiri) serta Azareena Abdul Aziz (memakai scarf di sebelah kanan Afiq) kedua-duanya (Sisters in Islam) semasa di Kongres Ulama Perempuan Indonesia (KUPI 2017)
Penulis lagu bagi Siti Nurhaliza, Ella, Fauziah Latiff, Ziana Zain, Farah dan Liza Hanim itu kini lantang memperjuangkan hak supaya amalan golongan LGBT diterima oleh umat Islam, dan beliau juga sedang aktif menikahkan pasangan-pasangan homoseksual yang beragama Islam.
Perjuangan beliau ke arah Islam yang mesra dengan amalan seks homoseksual ini adalah sebagai salah satu penyebab kepada penubuhan gerakan pertubuhan Muslims For Progressive Values (MPV) yang turut mendapat sokongan daripada salah seorang pengasas Sisters in Islam (SIS), Zainah Anwar yang juga bertanggungjawab sebagai Penasihat kepada MPV.
Ani Zonneveld berkata, “Salah satu daripada sepuluh prinsip kami adalah untuk memperjuangkan hak-hak LGBT dan kaedah kami melakukannya ialah melalui program ‘LGBT Outreach’ yang diketuai oleh seorang imam beragama Islam yang juga seorang gay.

Ani Zonneveld sedang mengahwinkan pasangan sejenis 
MPV memilih posisi ini berdasarkan kepada teks-teks suci dan tradisi-tradisi. Para alim ulama tidak pun menyerang kami. Hanya budak-budak mentah yang tidak kenal akan Islam sahaja yang melakukannya,” dakwanya.
“Apabila orang mendakwa perundangan Syariah mengatakan bahawa kita harus menghukum orang disebabkan homoseksualiti, kita desak balik dengan pertanyaan,
“Di mana dalam Quran yang menyatakan sedemikian? Dari mana datangnya perundangan Syariah? Ia hanyalah ciptaan manusia,” sambung beliau lagi.
Menurutnya, negara-negara Islam pada masa dahulu secara lumrahnya adalah sungguh mesra dengan amalan seks sumbang sejenis, tidak sebagaimana umat Islam pada masa ini.

Ani Zonneveld Bersama Afiq M Noor 
Dakwa Ani Zonneveld,“Komuniti Muslim sekarang sungguh-sungguh tidak bertoleransi terhadap amalan seks sejenis dan itu adalah sesuatu yang malang.
Mengikut sejarah, negara-negara Muslim adalah lebih bertoleransi dan sangat menerima golongan gay dan mak nyah sehinggakan negara Eropah yang menakluki wilayah-wilayah Arab atau wilayah-wilayah Muslim telah menuduh kita sebagai ‘homo-tolerant’ dan oleh itu mereka terpaksa datang untuk menyelamatkan kita, bagi memberi kesedaran kepada kita.
Itu telah menjadi tradisi Islam. Sungguh menerima.” Beliau menuduh mereka yang mahu menghukum golongan yang mengamalkan seks sumbang sejenis adalah pelampau dalam agama persis dengan pengganas ISIS.
Beliau berkata, “Secara radikalnya ia balik kepada tradisi.
Kerana Nabi Muhammad tidak menghukum sesiapa kerana menjadi homoseksual, tidak ada hukuman dalam Quran kerana menjadi homoseksual. Noktah.
”Apa bezanya di antara ISIL dan ramai imam di dunia ini? Saya lebih gemar memanggil mereka sebagai Daesh. Kerana Daesh menolak golongan LGBT dari bangunan-bangunan tinggi dan sekiranya mereka tidak mati, mereka akan direjam.
Dan imam memulaukan mereka, menggambarkan mereka sebagai jahat dan menggelarkan mereka dengan pelbagai nama. Jadi apa perbezaannya? Cuma dalam hukuman,” katanya lagi.

0 Response to "ISLAM MESRA AMALAN SEKS SEJENIS – ZURIANI KHALID"

Post a Comment