
KUALA LUMPUR - Viral di media sosial seorang pelanggan mempertikaikan harga hidangan yang
dikenakan terhadapnya dianggap tidak masuk akal.
Pengadu yang juga peniaga dan bapa tunggal itu berkata, tidak pernah dalam sejarah hidupnya
makan
di gerai tepi jalan dikenakan caj makanan semahal itu.
"Cuba bayangkanlah kalau terkena pada orang yang susah, apalah perasaan mereka? Kalau tak
mampu
bayar, kena cuci pinggan?
"Saya juga berniaga, selalu pergi ke pasar dan sudah biasa dengan harga pasar. Tetapi saya selalu
letakkan diri saya pada pelanggan agar saya dapat rasa apa yang pelanggan rasanya," katanya.
Berdasarkan gambar, pelanggan terbabit mengambil lauk sayur, nasi penuh, dua ketul sotong dan
seekor
udang dan dikenakan caj RM32.00.
Bagaimanapun peniaga gerai berkenaan kesal dengan tindakan pelanggannya itu memilih untuk
Bagaimanapun peniaga gerai berkenaan kesal dengan tindakan pelanggannya itu memilih untuk
viralkan rasa tidak puas hatinya di media sosial tanpa membuat aduan kepadannya terlebih dahulu.
Malah, turut menjelaskan harga bagi setiap lauk yang diambil.
"Harga udang RM15 seekor, sotong RM7 seketul dan awak ambil dua ketul. Sayur RM1 dan nasi
penuh pinggan pula RM2. Harga telah dinyatakan pada senarai yang disediakan. Kenapa tak
tengok dulu?
"Kenapa tak complaint semasa makan tempoh hari? Sekarang awak nak salahkan saya pula. Awak
nak makan untuk awak juga, bukan untuk orang lain. Kalau awak nak murah, makan macam
kawan awak itu," katanya.
Menurutnya lagi, tindakan lelaki itu telah merosakkan nama kedainya. Bagi mengelakkan keadaan
bertambah buruk, peniaga terbabit mahu memulangkan wang RM32 dan menghalalkan makanan
yang dimakan lelaki itu tempoh hari.
Walaupun begitu, beliau enggan menghalal tindakannya yang telah viralkan perkara itu di media
Walaupun begitu, beliau enggan menghalal tindakannya yang telah viralkan perkara itu di media
sosial.
"Saya halalkan apa yang awak makan dan saya takkan halal apa yang awak viralkan," katanya.
Lelaki berkenaan menolak tawaran itu dengan baik dan memberi nasihat agar peniaga terbabit
berniaga dengan ikhlas.
Sementara itu di media sosial, rata-rata netizen harga yang dikenakan tidak munasabah.
Walau apa pun pandangan kita semua, gunakan kelebihan kita sebagai pengguna. Jika tidak
bersetuju dengan harga yang dinyatakan, pengguna boleh memilih untuk tidak terus makan di situ.
Amalkan bertanya tentang harga makanan sebelum menjamu selera.
0 Response to "'Ini sejarah hidup saya makan gerai tepi jalan semahal ini'"
Post a Comment