Bukan mudah untuk mendapatkan kulit yang 'glowing' tetapi ia bukanlah mustahil. Anda hanya perlu sedikit perubahan pada habit waktu pagi anda.
Sumber: youtube.com (Glamrs.com)
1. Gunakan serum antioksida
Antioksidan dari vitamin C dan E membantu menghalang kulit dari dehidrasi dan juga mengelakkan radikal berbahaya, sinar UV, pencemaran dan juga habit makan yang tidak sihat.
Gunakan serum ini sebaik sahaja membersih wajah, tunggu beberapa ketika kemudian oleskan pelembap. Serum ini menggandakan efek pelembap dan 'sunscreen' anda kerana kandungan nutrien yang ada di dalamnya.
2. Lebihkan protein dalam diet anda
Sarapan yang tinggi protein seperti telur, yogurt dan kekacang membina kolagen dalam kulit. Kolagen adalah protein yang memastikan kulit anda tegang dan muda.
Mereka yang banyak mengambil protein lebih cenderung untuk kenyang lebih lama dan tidak terlebih makan. Protein juga merupakan blok asas dalam pertumbuhan rambut sihat.
3. Gunakan SPF
Wajib digunakan setiap hari walaupun hari mendung. Kandungan SPF pada pelembap dan juga mekap tidak mencukupi untuk memberi perlindungan optima.
Sapukan pada seluruh wajah, termasuk pada bahagian mata, leher dan juga tangan anda kerana kawasan ini cenderung menunjukkan penuaan.
4. Hidrasi dalam dan luar
Dehidrasi akan membuatkan kompleksi anda pucat dan lesu. Sebaik bangun dari tidur, anda perlu menambah kandungan cecair dalam badan.
Setiap pagi, minum segelas air lemon suam untuk penambahan Vitamin C dan memastikan penghasilan kolagen berjalan lancar. Ia juga bakal memberikan wajah anda kompleksi yang segar.
5. Gerak badan anda
Bersenam dan menggerakkan badan secara konsisten pada waktu pagi mampu menambah adrenalin, beri badan anda tenaga dan menambah kandungan oksigen dalam badan.
Kajian menunjukkan mereka yang bersenam pada waktu pagi, tidur mereka lebih lena pada waktu malam. Jadi pastikan anda menyelit aktiviti senaman pada waktu pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
6. 'Mist'kan wajah anda
Gunakan air mineral untuk ini. Simpan air mineral dalam peti ais dan sembur pada wajah anda setiap pagi. Terdapat banyak produk sebegini di pasaran jadi ia bukanlah sukar untuk didapati.
Wajah anda akan rasa lebih segar dan 'awake'. Air yang sejuk itu juga akan mengurangkan kesembapan wajah anda.
7. Minum teh hijau
Mereka yang ketagihan kafein pada waktu pagi, dapatkan ia dari teh hijau. Ia kaya dengan flavenoid yang kaya dengan antioksidan dan melambatkan proses penuaan dan kerosakan sel.
Tidaklah bermakna anda tidak boleh minum kopi, kopi juga ada antioksidan dan juga diketahui mempercepatkan metabolisme. Kalau boleh janganlah minum dua cawan kopi, tukarkan dengan teh hijau. Ia lebih baik.
Semoga pagi anda lebih segar dan sihat. Selamat mencuba!