facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Misteri Kehilangan Ayat Quran Yang Pernah Menggemparkan Malaysia

PARIT BUNTAR - Seorang naib kadi Pejabat Agama Islam Parit Buntar tidak menyangka dua muka surat ayat suci al-Quran milik Masjid Hijau, Kampung Kedah di sini, lenyap sewaktu hendak membacanya pagi tadi.

Mohamad Khori Junus berkata, lebih kurang jam 11.05 pagi, dia menunaikan solat sunat di masjid berkenaan dan berhajat membacakan Surah Al-Waqi’ah sementara menunggu kehadiran pasangan pengantin untuk dijalankan upacara akad nikah.

Menurutnya, dia segera mengambil salah satu naskhah al-Quran yang diletakkan di bahagian mimbar masjid dan terkejut mendapati sebahagian besar ayat Surah Ar-Rahman dan permulaan ayat Surah Al-Waqi’ah yang ingin dibaca ‘hilang’ ketika membukanya.

“Saya sangat terkejut dan memaklumkan perkara itu kepada imam masjid yang kebetulan turut berada di situ bagi menjadi saksi nikah.

“Beliau (imam masjid) memaklumkan tidak pernah mengetahui terdapat sebarang naskhah al-Quran tidak sempurna disimpan pihak masjid dan meminta saya memaklumkan kejadian itu kepada Jabatan Agama Islam Negeri Perak (Jaipk),” katanya kepada media di sini hari ini.

Mohamad Khori berkata, hasil pemeriksaannya mendapati sebahagian ayat dari Surah Ar-Rahman yang hilang bermula ayat 41 hingga ayat 78, manakala ayat dari Surah Al-Waqi’ah pula bermula ayat pertama sehingga ayat 16.

Menurutnya, pada mulanya dia menganggap mungkin berlaku kesilapan pencetakan pada naskhah al-Quran Resam Uthmani yang merupakan cetakan keempat pada sembilan tahun lalu.
Mohamad Khori menunjukkan perbandingan dua muka surat ayat al-Quran hilang di satu naskhah dengan naskhah al-Quran lain di Masjid Hijau Kampung Kedah, pagi tadi.

“Namun, apabila memikirkan proses pencetakan al-Quran perlu melalui prosedur amat ketat oleh panel pemeriksaan dilantik Jabatan Kemajuan islam Malaysia (Jakim), saya memutuskan penemuan ayat al-Quran hilang mungkin merupakan satu peringatan kepada umat Islam,” katanya.

Lebih mengejutkan, Mohamad Khori mendedahkan intipati sebahagian ayat al-Quran hilang terutama ayat permulaan Surah Al-Waqi’ah menceritakan tentang kejadian-kejadian besar pada hari kiamat.
"Dewasa kini, amalan membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam di negara ini dilihat semakin berkurangan terutama dalam kalangan golongan muda.

“Saya berharap penemuan ini tidak disalah tafsir, sebaliknya dijadikan iktibar dan pedoman buat diri saya dan seluruh umat Islam untuk kembali taat kepada perintah Allah SWT dan Rasulnya,” katanya.

Mohamad Khori turut mendedahkan pengalaman ini pertama kali dialaminya dan berharap perkongsian pengalaman itu dapat mengingatkan umat Islam supaya kembali mengimarahkan bacaan al-Quran setiap masa.

Misteri Kehilangan Ayat Quran


Pada akhir tahun 80an Malaysia telah digemparkan dengan peristiwa kehilangan surah-surah tertentu didalam al-Quran. Apakah ia merupakan petanda-petanda awal peristiwa besar qiyamat? 

Sebenarnya telah banyak berlaku peristiwa-peristiwa akhir zaman kebelakangan ini tetapi peristiwa yang berlaku di Nusantara ini mungkin menunjukkan kebangkitan akhir zaman dimulai di rantau sebelah sini...wallahua'lam.

Dalam satu rancangan misteri Nusantara TV3 pernah menyiarkan kejadian tentang peristiwa kehilangan tersebut. Kejadian ini berlaku di sebuah kampung di Kuala Kangsar, Perak.

Ia disedari oleh Hajjah Khatijah seorang guru agama berusia 74 tahun yang telah menggunakan naskhah al Quran tersebut selama 40 tahun.

 Beliau mendapati kehilangan 4 muka surat yang membabitkan ayat dalam surah Ibrahim dan al Hijr.

Kejadian terbaru yang dikesan pada jun 2010 oleh seorang forumer di acehforum. Di bawah ini adalah gambar menunjukkan kejadian tersebut.



Semakin banyak insiden Surah al-Kahfi hilang dari al-Quran!

Gambar dibawah dirakamkan di SMK Muazam Shah apabila awal surah al-Kahfi hilang mukasuratnya. Ianya disedari oleh pelajar ketika sesi bacaan Al-Quran pada waktu maghrib.



Dari satu kisah lainnya, disampaikan oleh Syeikh Farouq al-Hammad
yang baru pulang dari mengerjakan umrah.

Semasa jemaah umrah Syeikh dibawa ke kilang percetakan al-Quran King Abdullah di Madinah. Salah seorang syeikh yang bertugas memantau penyusunan al-Quran beritahu satu rahsia yang amat mengejutkan. 


Syeikh tu beritahu setiap kali mesin mahu mencetak surah al Kahfi, pasti ada surah yang terpotong dan hilang sedangkan surah yang lain kemas dicetak.

 Bila diimbas melalui komputer, tidak berlaku kes lupa taip surah al-Kahfi. 

Tapi bila mesin mahu cetak, seolah-olah mesin pandai potong sendiri.

Persoalannya kenapa surah al Kahfi..? Dan ayat yang hilang tersebut adalah ayat ke 101-110, ayat pelindung dari "fitnah Dajjal."

Ustaz Fawwaz ada menyebutkan bahawa ada berita melalui panggilan telefon kepada Ustaz Fawwaz dari saudara di Yaman mengatakan sudah ada 8 orang ulama di Yaman yang 
bermimpi Dajjal telah keluar. Wallahua'lam

0 Response to "Misteri Kehilangan Ayat Quran Yang Pernah Menggemparkan Malaysia"

Post a Comment