facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Kisah Ultraman & Kucing


Sebuah keluarga (Keluarga Narushima) di Jepun telah menyelamatkan seekor anak kucing yang baru dilahirkan dikawasan kejiranan mereka. Semasa menjumpai kucing tersebut, mereka mendapati keadaan kucing tersebut agak menyedihkan dan didapati ditinggalkan ibunya. Anak kucing tersebut dianggarkan berusia 3 hari.

Mereka menamakan anak kucing tersebut Koma (こま) yang membawa maksud Teratas ( Top ). Pemilik kucing tersebut Mai Narushima berkata dia memilih nama berkenaan kerana ingin menunjukkan yang Koma sentiasa berada ditempat paling tinggi dalam keluarganya. 

Keluarga Narushima bercadang untuk mengabadikan kenangan perkembangan Koma yang sedang membesar dengan cara yang paling unik. Apabila mereka ternampak sebuah patung Ultraman (yang pada ketika itu mempunyai saiz yang sama dengan Koma), mereka merasakan patung Ultraman tersebut amat sesuai untuk dijadikan teman Koma & bergambar bersama-samanya.


Mereka kemudiannya meletakkan patung Ultraman tersebut disebelah Koma dan kelihatan seakan-akan Ultraman sedang menjaga & menjadi BFF kepada Koma.

Sehingga kini, Koma telah berusia 1 tahun lebih dan telah melebihi saiz Ultraman yang menjaganya. Unik tak idea mereka ini?


15585475_689241807917128_2314323674009937656_o
15675885_689241811250461_5741311094132360904_o
15626575_689241854583790_3259105563010494845_o
15590958_689241851250457_987647548695598064_o
15590914_689241804583795_4212005699307608306_o
15591029_689241927917116_2217240274871567701_o
15625634_689241867917122_905237048326027337_o
15723578_689241904583785_5878859162468928702_o
15585228_689242011250441_1668876448383345461_o
15591273_689241984583777_8349703826656653678_o
15626151_689241924583783_4226466234122923896_o
15675623_689241997917109_7582664160292240062_o
15626173_689241974583778_3104486414794205230_o
15626309_689242024583773_4044881831114365444_o

0 Response to "Kisah Ultraman & Kucing"

Post a Comment