
Hafiz Hamidun & Joy Revfa Selamat Bergelar Suami Isteri
Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi nasyid Hafiz Hamidun kerana telah selamat bergelar suami kepada usahawan kosmetik, Siti Arifah Mohd Amin, pada hari ini dengan sekali lafaz. Pasangan ini dinikahkah di Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada jam 3.20 petang.
Isteri Hafiz, Siti Arifah atau lebih dikenali dengan panggilan Joy Revfa telah menerima menerima mas kahwin RM1,000 manakala jumlah hantaran dirahsiakan. Joy menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang kepada Hafiz.
Menurut laporan Harian Metro, pasangan ini akan menunaikan umrah pada bulan Ramadan ini dan akan turut berbulan madu ke beberapa negara lain selepas itu.
Apa pun, tahniah sekali lagi diucapkan kepada Hafiz Hamidun dan isteri. Semoga ikatan perkahwinan pasangan ini akan dilimpahi bahagia dan dipermudahkan segala urusan.
0 Response to "Hafiz Hamidun & Joy Revfa Selamat Bergelar Suami Isteri"
Post a Comment