
Elly Mazlein Tak Sorok Jika Sudah Temu Jodoh
Percaya kepada ikatan perkahwinan adalah sesuatu yang suci dan perlu dihebahkan, Elly Mazlein menjelaskan bahawa dia tidak akan bertindak untuk menyembunyikan perkara tersebut jika jodohnya sudah tiba nanti.
“Sekiranya saya ditakdirkan bertemu jodoh nanti saya akan maklumkan kepada semua dan tidak akan menyorokkan mengenai perkara yang baik. Saya akan kongsi berita baik itu kerana inginkan doa dan restu daripada semua orang,” katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun menurut penyanyi ini yang juga tidak dikisah dengan pelbagai gelaran, apa yang lebih utama baginya kini ialah kerjaya malah jadualnya kini turut padat seterusnya membuatkan dirinya tidak sempat untuk bercinta.
“Buat masa sekarang konsep saya adalah tidak kepada bercinta kerana fokus saya kini adalah kepada anak dan bapa saya. Malah karier saya pun baharu sahaja kembali rancak dan jadual pun sangat padat, jadi tiada masa untuk soal percintaan”
“Tetapi sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari daripada ketentuan Allah. Mana tahu esok lusa saya bertemu jodoh?,” jelasnya menutup bicara.
0 Response to "Elly Mazlein Tak Sorok Jika Sudah Temu Jodoh"
Post a Comment