facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Elica, Anak Jati Tambunan Juara Mentor Milenia

Elica, Anak Jati Tambunan Juara Mentor Milenia
Elica Juara Mentor Milenia

ELICA JUARA MENTOR MILENIA

Tanpa disangka, Elica, 17, protege kepada Akim, muncul sebagai juara Mentor Milenia yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini malam ini.
Elica atau nama sebenarnya, Angelica Paujin berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000, telefon Neffos X1 Max serta pakej percutian ke London, England.
–– ADVERTISEMENT ––

Peserta yang berasal dari Tambunan, Sabah itu menyampaikan lagu duet bersama Hael menerusi lagu Ceritera Cinta dan lagu kedua, Samar Bayangan dendangan asal Nicki Astria.
Dia turut memenangi anugerah khas iaitu Protege Pilihan Terbaik Neffos dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000.
Elica bersama artis jemputan Hael membuat persembahan pada pentas akhir Mentor Milenia 2017 di Plaza Alam Sentral, malam ini. – UTUSAN ONLINE/FAISOL MUSTAFA
Tempat kedua diraih oleh Usop, yang menyampaikan lagu Bayang dan berduet dengan Salma menerusi lagu Malam.
Persembahan Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhd Noor dari Lunas, Kedah berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta trofi.
Sementara itu, berada di tempat ketiga pula ialah Along atau nama sebenarnya Mohamad Rozaimi Rosli yang menyanyikan lagu Merisik Khabar dan duet bersama Siti Nordiana menerusi lagu Memori Berkasih.

Keputusan Penuh Mentor Milenia 2017

Protege Pilihan Naffos : Elica (RM10 000)
Juara: Elica (RM100 000)
Naib Juara: Usop (RM50 000)
Tempat Ketiga: Along (RM20 000)
Tempat Keempat: Sheera (RM 10 000)
Along berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 dan sebuah trofi.
Syeera atau nama sebenarnya Syeera Nur Syaheera Abd. Aziz, 19, Selangor sekadar berpuas hati di tempat keempat dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan trofi.
INFO: Angelica Paujin berasal dari Kampung Tibabar, Tambunan
Syeera, protege kepada Black menyanyikan lagu Sekadar Di Pinggiran dan duet bersama Misha Omar menerusi lagu Di Pintu Syurga.
Keputusan persembahan protoge terletak kepada juri profesional sebanyak 50 peratus, laman web 30 peratus dan 20 peratus daripada juri awam.
Program yang diacarakan oleh Marsha dan Issey itu turut menampilkan Datuk Hattan selaku juri tetap dan Fauziah Ahmad Daud sebagai juri jemputan.
Program tersebut turut menampilkan kumpulan popular dari Jakarta, Indonesia iaitu Nidji menerusi lagu Biarlah dan Bila Bersamamu.
Ucapan tahniah daripada orang-Orang Sabah di page Facebook 1SABAH

0 Response to "Elica, Anak Jati Tambunan Juara Mentor Milenia"

Post a Comment