
“Berpuluh tahun berkahwin, ini layanan awak pada saya?” – Suami luah kecewa tidak pernah dihargai isteri
Saya seorang anak gadis yang berusia 23 tahun dan sedang berada di tahun pertama program Ijazah dan saya ada tiga adik beradik. Abang saya berada di tahun akhir Ijazah, manakala adik perempuan saya masih belajar, ambil Diploma. Kedua-dua ibu dan ayah masing-masing berusia di sekitar 50-an.
Ayah saya bekerja di sebuah syarikat swasta dengan pendapat lebih kurang RM7,000 plus minus. Manakalai ibu pula berniaga kecil-kecilan dengan menjual tudung di tapak niaga. Alhamdulillah ayah sediakan segalanya lebih dari mencukupi. Rumah teres 5 bilik yang amat selesa, kereta yang cukup untuk setiap ahli keluarga. Walaupun tidak mewah, tetapi kami hidup serba serbi mencukupi sehingga ada masanya, ayah buat kami terasa seperti anak orang kaya terumata bila datang bab makan.
Cuma kami ini jenis yang bukan pergi bercuti. Setahun sekali pun belum tentu. Balik ke kampung itu sudah dikira sebagai percutian untuk kami.
Nafkahnya pula tidak pernah culas. Meskipun kami diberi duit belanja cukup-cukup saja di universiti sebanyak RM400 sebulan, termasuk belanja kecil-kecilan untuk membeli sabun, bayar bil dan lain-lain, tetapi bila pulang bercuti saja, cakap apa saja mahu dibeli, ayah akan cuba tunaikan. Barang dapur 100% ayah yang beli dan selalunya bukan barang yang murah-murah. Ikan yang dibeli ikut tekak dia mahu makan ikan mahal, dia beli ikan mahal. Kambing, sotong, udang kerap sangat dibeli sampai kami tidak sempat untuk rasa teringin mahu makan pun. Tugas ibu hanya memasak. Dia tidak perlu risau peti ais tiada lauk.
Pada awalnya ayah kurang bersetuju dgn keputusan ibu nak berniaga tetapi diturutkan juga bila ibu agak mendesak dengan alasan anak-anak sudah besar dan dia sunyi tinggal di rumah tanpa ada apa-apa kerja. Ayah bagi modal dan sebuah MPV dengan baki bayaran bulanan 8 bulan dengan syarat, ibu mesti bayar sendiri jika dia tetap nak berniaga dan ibu setuju dengan tambahan segala servis dan roadtax juga ibu perlu bayar ikut kemampuan. Jika tak cukup, ayah akan tambahkan. Masuk tahun ni hampir 4 tahun ibu berniaga.
Ayah seorg pesakit diabetes, kolestrol tinggi dan bekas pesakit jantung, sakit yang datang sekali gus hanya kerana ayah terlalu stress dengan kerja. Sakit macam ini memerlukan macam-macam jenis ubat hospital tetapi ada antara ubat-ubatan ini yang akan menggangu emosi pesakit seperti pesakit mudah baran dan sensitif. Ayah juga tidak boleh lapar, dia akan hypo dan tangan akan menggeletar bila lapar. Sikap mudah baran dan sensitif akibat ubat tu adalah diluar kawalan. Di sini segala masalah bermula.
Sejujurnya, kami adik beradik kurang rapat dengan ayah sebab dia tegas, garang dan selalu balik kerja lewat. Rumah bersepah dia marah-marah. Silap sikit dia melenting teruk. Waktu makan bersama boleh dibilang dengan jari. Setiap kali dia balik, anak-anak akan berkurung dlm bilik. Kadang-kadang smpai 2-3 hari tidak tengok muka. Ayah malas mahu layan, anak-anak sudah besar dia biar saja anak-anak duduk di dalam bilik.
Sepanjang tempoh ibu berniaga, ibu kerap abaikan tanggungjawab dia sebagai seorg isteri. Rumah tidak terurus smpai sofa kulit di ruang tamu naik kulat. Rumah berdebu. Sampah dapur sampai berulat. Baju kering tidak pernah habis dilipat. Hanya sebab ibu sibuk berniaga. Benda ini seolah perkara biasa setiap kali saya pulang. Seperti sudah menjadi tugas kami untuk membantu mana yang patut tetapi kami bayangkan perkara macam ini jadi bila anak-anak belajar jauh. Bab makan pula, ayah mengharap barang dapur yang dibeli tu ibu masak yang sedap-sedap. Tetapi ibu masak cincai saja, kadang-kadang ikan singgang, ikan goreng. Tambah pula sekarang ayah sudah tidak makan nasi waktu malam sebab nasi buat paras gula dia naik mendadak. Jadi ibu hanya sediakan roti, kadang-kadang kueteow goreng atau roti paratha frozen. Anak-anak pandailah cari makan sendiri. Pernah sekali tu tiga hari berturut-turut ibu hidangkan roti sampai ayah perli “roti je yang awak tau?”. Esoknya itu dia hidang paratha dengan kari ikan. Lusa dia hidang benda yang sama lagi dengan kari ikan yang sudah 3 hari tidak habis makan. Ayah diam tetapi dalam hati sangat-sangat kecewa. Sudah banyak kali dia tegur tetapi ibu ambil mudah. Ibu punya rasa tidak bersalah sampai pernah cakap pada saya “Ayah tu senang nak bagi makan. Dia tak cerewet”.
Ibu ada ambil tempahan menjahit baju. Mesin jahit dan mesin jahit tepi ayah yang belikan. Balik berniaga petang, dia akan rehat. Lepas ayah makan malam, ibu akan mula jahit baju smpai 2-3 pagi. Sebelum ini ayah sudah byk kali pesan, kalau dia dah tidur, jangan masuk bilik sebab bunyi ibu pulas tombol pintu akan buat dia terjaga. Dia sangat susah utk tidur balik kalau dah terjaga. Bila tak boleh tidur, esok pagi nak kerja mesti akan letih sepanjang hari. Sudah pesan banyak kali jugak. Tetapi tidak pernah berubah. Pernah beberapa kali dia terjaga dah tak boleh tidur, dia keluar bilik dan hanya baring-baring di ruang tamu hingga pagi.
Baru-baru ini saya ada kesempatan berbual panjang dengan ayah. Rupanya ayah ada rancang untuk mencari isteri lain. Dia kata sudah terlampau lama dia makan hati. Saya akui, ibu agak “slow” dan selalu ambil mudah semua benda. Ayah dah putus asa hingga dia tawar hati untuk tegur ibu sebab ibu akan tetap dengan perangai dia. Tegur cara baik sudah, tegur marah-marah sudah. Masih lagi dengan perangai dari zaman muda dia. Ayah makin tua, bila dia bersara, dia mengharapkan seorabg isteri untuk menjaga dia.
Bila tengok sikap ibu macam ini, sampai dia cakap mungkin dia silap pilih orang untuk jadikan isteri. Di pejabat ayah ada dua orang janda yang hanya menunggu masa saja dan siap tawarkan diri untuk menjadi isteri no. 2. Ayah pun ada cerita masa adik saya tengah depression dengan kes universiti dia hingga hampir bunuh diri, ayah dan abang buat keputusan utk pergi melawat adik. Ibu pula tetap dgn keputusan dia untuk pergi berjalan dengan kawan-kawan sesama berniaga dia ke Port Dickson sedangkan dia sepatutnya utamakan anak sebab plan ke Port Dickson sudah dibuat berminggu sebelum kes adik timbul.
Ayah takkan mampu lupakan salah ibu bila dia tetap dengan keputusan untuk pergi Port Dickson. Apa salahnya batalkan saja plan ke Port Dickson dan jumpa anak dulu. Banyak lagi ayah luahkan tetapi banyak sangat pulak mahu diceritakan disini. Ayah cuma mahu fokus pada anak-anak yang masih belajar. Hubungan dia dan ibu kurang baik buat masa ini. Selepas kami semua mampu berdikari, dia akan pertimbangkan semula keputusan dia. Jika sikap ibu masih tak berubah, potensi untuk diceraikan sangat tinggi.
Pada tiga tahun yang lepas, ayah hampir menceraikan ibu tetapi tidak jadi sebab ibu tidak mahu sign borang cerai. Kes tawar hati dgn sikap ibu juga. Ibu selalu mengadu pasal ayah katanya asyik marah-marah saja, sikit-sikit mahu melenting. Mulanya rasa marah jugak dengan ayah. Dah kenapa ayah ni asyik nak mengamuk je. Bila dengar dari pihak ayah, baru saya tahu masalah sebenar.
Saya mungkin belum ada pengalaman rumah tangga sendiri tetapi apa yang jadi depan mata cukup untuk ambil iktibar. Sabar seorang suami ada hadnya. Hargai suami sebaik mungkin. Bila dapat suami yang tunaikan tanggungjawab sepenuhnya, jangan ambil kesempatan dan fikir bahawa suami takkan cari perempuan lain. Fahami erti redha suami. Saya dah bincang dgn adik dan minta bantuan adik dan abang untik baiki situasi di rumah. Saya juga minta mereka luangkan masa dengan ayah. Maka benarlah kata orang tua-tua, kasih sayang ayah hanya dalam hati. Dia tidak pandai nak ucap atau tunjuk kasih sayang. Tapi anak yang peka boleh lihat pengorbanan ayah untuk keluarga. Sebak setiap kali teringat pesanan ayah. Anak-anak yang sudah remaja, tolong hargai bapa anda. Saya menyesal atas layanan saya dan adik beradik terhadap ayah.
Ayah sentiasa tunggu anak-anak mahu datang berbual dengan dia. Teman dia tengok tv pun dah cukup tapi kami lebih suka berkurung dalam bilik. Saya bersyukur masih ada peluang untuk kami baiki keadaan. Tambah pula saya pernah mimpi ayah meninggal. Saya belum mampu nak hadapi kehilangan seorang ayah.
0 Response to "“Berpuluh tahun berkahwin, ini layanan awak pada saya?” – Suami luah kecewa tidak pernah dihargai isteri"
Post a Comment