facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Tergamak ugut bunuh ibu sendiri

Mohd. HASWANDI (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam atas tuduhan mengugut ibunya dengan mengacukan sebilah pisau baru-baru ini.


KOTA BHARU – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mengugut dengan mengacukan sebilah pisau ke atas ibunya dalam kejadian di Kampung Tini di sini pada minggu lalu.
Tertuduh, Mohd. Haswandi Mat Reduan, 32, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.
Bagaimanapun, hukuman ke atasnya ditangguhkan sementara menunggu keterangan impak daripada mangsa.
Mengikut pertuduhan, Mohd. Haswandi didakwa telah mela­kukan ugutan jenayah terhadap Hasni Osman, 52, dengan menggunakan sebilah pisau panjang berukuran 20 sentimeter untuk memberi ketakutan kepada mangsa.
Perbuatan itu dilakukannya di sebuah rumah di Jalan Masjid Rupek, Kampung Tini di sini pada pukul 3 petang, 23 April lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

0 Response to "Tergamak ugut bunuh ibu sendiri"

Post a Comment